Wells Mountain Foundation (WMF)

44

Wells Mountain Foundation (WMF), melalui program Pemberdayaan Melalui Pendidikan (ETE), menawarkan biasiswa sarjana muda (degree) kepada warganegara daripada negara membangun yang akan atau bakal melanjutkan pengajian di negara asal atau negara membangun yang lain. Biasiswa ini layak dipohon oleh semua bidang pengajian.

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Merupakan warganegara daripada negara membangun
  • Berjaya menamatkan pengajian menengah, dengan baik dan mendapat gred yang cemerlang 
  • Bakal atau sedang melanjutkan pengajian di negara sendiri atau negara membangun yang lain
  • Merancang untuk hidup dan bekerja di negara sendiri selepas menamatkan pengajian 
  • Bersedia untuk menjadi sukarelawan semasa menerima biasiswa WMF 
  • Sangat memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pengajian

Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang pengajian tetapi keutamaan diberikan kepada pengajian ijazah yang akan membantu menyumbang kepada komuniti tempatan  seperti perubatan & sains kesihatan, pembangunan komuniti, undang-undang, pendidikan, kerja sosial, perniagaan, teknologi maklumat, pertanian dan kejuruteraan.

Untuk memohon program Pemberdayaan Melalui Pendidikan (ETE), anda mesti mengemukakan permohonan lengkap melalui portal permohonan biasiswa dalam talian (kaedah pilihan) atau melalui pos ke pejabat WMF. Permohonan melalui aplikasi dalam talian secara online akan dibuka sehingga 1 Mac 2020.

Anda boleh klik pada pautan butang berwarna hijau diatas untuk terus ke laman permohonan biasiswa untuk mendapatkan info lanjut langkah permohonan dan mengakses ke sistem permohonan. 

Deadline : 1 March 2020

Study Level : Degree

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Alamat:

Info penuh mengenai biasiswa ini,

sila layari https://www.wellsmountaininitiative.org/prospective-scholars/

Apply Now!!

Advertisement



(Visited 199 times, 1 visits today)

Leave a Comment