JPA - MARA Scholarship - Scholarships in Malaysia 2019 | 2020

Post Top Ad

Saturday, March 16, 2019

JPA - MARA Scholarship


TAWARAN PENAJAAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN
DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA
TAHUN 2019

Biasisiwa Mara 2018 melalui Program Khas JPA MARA (PKJM) – Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di bawah program khas JPA-MARA tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan.


PROGRAM KHAS JPA MARA BAGI PELAJAR SPM 2018


1.1 Program Akademik Jepun
Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Pusat Bahasa Teikyo (PBT).
1.2 Program Berkembar New Zealand
Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.
1.3 Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)
Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.
2. SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  2. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2018;
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  4. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;
  5. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.


3. MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
4. CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my
selama sepuluh hari (10) mulai 11 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019.
Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di
Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat
permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini
sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah
memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip
Pengesahan Pendaftaran Program Khas JPA MARA Tahun 2019 sebagai
bukti permohonan telah dibuat. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui
laman web MARA di http://www.mara.gov.my.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat
dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 11 hingga 20 Mac 2019
(hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan
maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di
http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

5. STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk
menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal
pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar
bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC ini dijadualkan pada 8 April 2019 hingga 12 April 2019 di
pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Zon Tengah (Bangi) Zon
Selatan 1 (Melaka) Zon Selatan 2 (Johor Bahru), Zon Utara 1 (Alor Setar),
Zon Utara 2 (Pulau Pinang), Zon Timur 1 (INTAN Kemaman), Zon Timur 2
(Kota Bharu) Zon Sabah (Kota Kinabalu), Zon Sarawak 1 (Kuching) dan
Zon Sarawak 2 (Miri).

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Mac 2019 (Rabu) jam 5.00 petang.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan
dipertimbangkan.

7. KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka

akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-
lewatnya pada 10 Mei 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.
>>> Syarat Kelayakan Program

>>> Permohonan online 

PERMOHONAN DI TUTUP PADA:  20 MAC 2019 | APPLY NOW!!